Rabu, 28 September 2011

Dari Meja Cuepacs

Bernama
27/9/2011


GEORGE TOWN, 27 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yakin 80 peratus daripada empat tuntutan yang dikemukakan kepada kerajaan akan mendapat pertimbangan dalam pembentangan bajet 2012 pada 7 Okt ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata pihaknya telah memohon secara rasmi melalui surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun lepas dan mengharapkan berita baik bakal diumumkan bagi menjaga kepentingan penjawat awam di negara ini.
"Ini adalah keputusan kongres berdasarkan kepada permintaan dari penjawat awam, saya harap ia dapat dipertimbangkan malah Skim Saraan Malaysia (SSM), dapat digubal semula untuk menjadi lebih baik dari segi penambahan gred, struktur gaji dan peningkatan peluang kerjaya bagi mencapai negara berpendapatan tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru bersama CUEPACS Pulau Pinang di sini, Selasa.
Tuntutan tersebut adalah semakan semula SSM, menaikkan umur persaraan daripada 58 tahun kepada 60 tahun, pemberian bonus dua bulan kepada penjawat awam dan pelaksanaan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
Omar berkata Cuepacs juga yakin dengan keprihatinan Perdana Menteri dan kemampuan kerajaan dapat memenuhi tuntutan itu yang sememangnya diharap-harapkan oleh lebih 1.2 juta penjawat awam.
"Kesemua tuntutan itu tertakluk kepada kemampuan kerajaan dan tidak mustahil untuk ditunaikan kerana ada tuntutan yang tidak membabitkan kewangan," katanya.
Berkenaan tuntutan pemberian bonus dua bulan, katanya jika kerajaan berbuat demikan, ia akan mencipta sejarah baru dalam memenuhi permintaan penjawat awam.
"Diharap (bonus) dapat dipertimbangkan, kalau tidak dapat bonus dua bulan, sekurang-kurangnya (kerajaan) dapat memberi bonus sebulan atau sebulan setengah pun sudah dikira mencukupi," katanya.

SELAMAT MAJU JAYA

Kepada ,

Semoga Berjaya Dalam PMR 2011 Buat Semua Pelajar Tingkatan 3 SMK La Salle Sentul, K.L. Jayakan Misi Sekolah.. La Salle Cemerlang Menjelang 2013.

Guru - Guru SMKLSSKL

Ahad, 25 September 2011

LDP5 2011

                                           











SMK La Salle Sentul Menjana Kecemerlangan Warga La Salle Sentul

10 Tips Mewujudkan Keyakinan Diri - Unit B&K

alt
 
Mari kita hayati 10 Tips Mewujudkan keyakinan diri;
01.Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.
02.Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.
03.Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.
04.Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!
05.Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.
06.Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
07. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!
08.Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
09.Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
10.Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga

Khamis, 22 September 2011

Dari Unit Kaunseling , Chandra Kumar Vellasamy

Ditujukan kepada semua Lasallian Sentul.....tidak kira muda atau tua, batch mana tak kisah. Saya meminta sedekah demi masa depan SMK La Salle Sentul, saya meminta anda yang membaca petikan supaya berfikir apa yang anda boleh membantu sekolah yang anda belajar selama 11 tahun.....saya meminta bantuan,pertolongan, sumbangan, nasihat, ilmu, wang, kasih sayang, komitment, tak kira apa yang anda boleh beri untuk kecemerlangan sekolah ini.
1. Mereka yang berjaya sila kembali lah ke sekolah dan berilah sumbangan anda untuk membantu SMK La Salle Sentul. Sumbangan itu tidak semestinya duit yang paling diutaman adalah ilmu dan kemahiran.
2. Mereka yang nak tolong dalam bidan sukan juga dialukan.
3. Mereka yang tolong dengan menasihat budak selaku mata-mata juga dialukan.
4. Mereka yang tidak tahu sumbang apa sila datang ke sekolah tanya lah pihak sekolah saya janji kami boleh bantu anda.
Sekian.

Rabu, 21 September 2011

Sejarah sekolah ( Video )

video

Wajah Wajah La Salle Sentul





Video Visi & Misi

video

Misi Sekolah

Memberikan pendidikan berkualiti berlandaskan Visi La Sallian seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui pendekatan bersepadu dan seimbang bagi melahirkan  insan yang syumul intelektual, harmonis dan berdaya saing.
Mewujudkan pasukan guru yang komited , berdedikasi, inovatif berlandaskan Standard Guru  Malaysia
Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif melalui Permuafakatan

Visi Sekolah

SMK LA SALLE SENTUL CEMERLANG MENJELANG 2013

LA SALLIAN CEMERLANG 2013

The La Sallian Spirit is as warm as a firm hand shake,
It is an abiding spirit of collaboration, vibrant and
commitment, transcending creed and colour.
Selfless, it seeks to improve, to learn, to plan, and to
strip itself of illusion and of ignorance-pure,
undemanding , giving all – conquering.
 
The La Sallian spirit is a soul that soul that grows
bigger than empires. It is the joy of sharing
the ecstasy the pain, the laughter and fun.