Khamis, 22 September 2011

Dari Unit Kaunseling , Chandra Kumar Vellasamy

Ditujukan kepada semua Lasallian Sentul.....tidak kira muda atau tua, batch mana tak kisah. Saya meminta sedekah demi masa depan SMK La Salle Sentul, saya meminta anda yang membaca petikan supaya berfikir apa yang anda boleh membantu sekolah yang anda belajar selama 11 tahun.....saya meminta bantuan,pertolongan, sumbangan, nasihat, ilmu, wang, kasih sayang, komitment, tak kira apa yang anda boleh beri untuk kecemerlangan sekolah ini.
1. Mereka yang berjaya sila kembali lah ke sekolah dan berilah sumbangan anda untuk membantu SMK La Salle Sentul. Sumbangan itu tidak semestinya duit yang paling diutaman adalah ilmu dan kemahiran.
2. Mereka yang nak tolong dalam bidan sukan juga dialukan.
3. Mereka yang tolong dengan menasihat budak selaku mata-mata juga dialukan.
4. Mereka yang tidak tahu sumbang apa sila datang ke sekolah tanya lah pihak sekolah saya janji kami boleh bantu anda.
Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan